Pelamin Nak Grand Macam Yuna, Tapi Budget RM200 - Dyxy Cosmetics Harga Promosi Setiap Bulan Dengan kami

default | grid-3 | grid-2

Post per Page

Pelamin Nak Grand Macam Yuna, Tapi Budget RM200

Pelamin

Rekaan pelamin yang julung kalinya artis Malaysia Buat, sampaikan rakyat malaysia yang nak buat majlis kahwin nak sebijik macam pelamin Yuna.

Firdaus Othman yang menghasilkan pelamin nikah Yuna dan Adam Sinclair pada Jumaat lalu menjelaskan anggaran harga pelamin itu kira-kira RM70,000.
Firdaus, 27, berkata, jumlah itu dikira berdasarkan bukan sahaja penggunaan bunga, malah usaha menyiapkan pelamin yang mengambil masa tiga hari.

"Mana dapat harga RM200 itu hanya upah pekerja sahaja, susah nak cakap harga tentang harga sebenar, anggarannya lebih RM70,000,sepertimana viral di Facebbok.

"Ia merupakam pelamin eksklusif yang kami reka hanya untuk Yuna sahaja. Ia terdapat lima jenis bunga tempatan dan dahan-dahan pokok itu kami ambil sendiri di hutan," ujarnya kepada mStar Online.

Yuna, 32, atau Yunalis Zarai dan Adam Sinclair, 34, selamat bernikah dengan sekali lafaz dalam satu majlis di Puncak Rimba Bentong, Pahang pada Jumaat lalu dengan rekaan pelamin menarik berlatarbelakangkan pergunungan.

[caption id="attachment_625" align="aligncenter" width="800"]Pelamin yuna Butik pengantin dedah ramai pelanggan mahu pelamin seperti Yuna dengan bajet kecil. [/caption]

Firdaus mengulas tentang isu yang tular di laman sosial apabila sebuah butik dan perancang perkahwinan berhadapan dilema kerana ramai bakal pengantin tertarik dan mahu pelamin seperti penyanyi antarabangsa terbabit, namun mempunyai bajet kecil.

Pendedahan itu dibuat oleh Butik Perkahwinan Fidaerdy apabila dia mendapat mesej daripada bakal pengantin yang menawarkan bajet serendah RM200 agar menyiapkan pelamin seperti majlis nikah Yuna.

Sementara itu, Firdaus berkata, pihaknya turut ditanya perkara yang sama dan mahu pelamin sama seperti majlis pernikahan itu.

"Tipulah kalau kami tidak ditanya tentang perkara yang sama, tapi pihak kami tidak akan buat rekaan sama seperti pelamin Yuna kepada pelanggan lain. Kalau mereka mahu yang sama kami akan beri kelainan sedikit.

"Namun, kalau ada pihak lain nak tiru ia tidak jadi masalah," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang cabaran menyiapkan pelamin bertemakan Bohamian Tropical itu, Firdaus berkata, mereka terpaksa berdepan dengan masalah cuaca tidak menentu.

[caption id="attachment_626" align="aligncenter" width="455"]Pelamin Yuna Tema Bohamian Tropical untuk pelamin pernikahan Yuna.[/caption]

Pelamin Yuna

Katanya, mereka mengambil masa tiga hari menyiapkan pelamin itu berikutan hujan lebat.

"Cabaran utama ialah hujan, kami terpaksa berhenti beberapa kali kerana hujan lebat.

"Masa hari pernikahan juga hujan turun lebat sehingga majlis yang sepatutnya berlangsung pukul 3 petang ditangguhkan sehingga hujan reda kira-kira pukul 6 petang," ujarnya.

Dalam pada itu, Firdaus berkata, ia merupakan pengalaman manis buat dirinya kerana dapat memberi yang terbaik kepada penyanyi berkenaan.

Sebelum ini The Calla pernah mereka pelamin untuk majlis Anzalna, Siti Saleha dan Ammar Baharin.

Artikel Penuh: Mstar

No comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Error Page Image

Error Page Image

Oooops.... Could not find it!!!

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage