Sharing Master-Survive Hidup Mula-Mula Jadi Ejen DYXY - Dyxy Cosmetics Harga Promosi Setiap Bulan Dengan kami

default | grid-3 | grid-2

Post per Page

Sharing Master-Survive Hidup Mula-Mula Jadi Ejen DYXY

Jadi Ejen DYXY

Setahun yang lepas. Aku mengimbas kembali cerita dulu Survive Hidup Mula-Mula Jadi Ejen DYXY. Sewaktu lepas habis belajar. Aku menetap di KL buat sementara. Aku gigih mencari kerja, gigih untuk survive seorang diri.

Aku pergi banyak interview tapi still tak dapat. Aku ingat aku pernah hadiri satu interview di Bangsar. Aku ke sana dengan LRT, memakai heels dan berkemeja.

Dari LRT jauh aku berjalan untuk sana. Masa aku mmg fikir nak jimat sehingga aku rela berjalan kaki dari menahan teksi. Dan aku hanya sempat makan roti untuk hari itu. Dalam hati, alhamdulilah syukur, rezeki hari ini. Orang lain mungkin takde makanan.

Selepas 2 bulan, aku dapat kerja di sebuah syarikat tourism. Dan kerja tu menyeksa jiwaku kerana hari-hari aku dipush oleh boss. Sape yang suka dipush hari hari? Ini bukan aku.

Aku sempat bekerja dalam 3 bulan dan aku terus resign memandangkan company tu banyak problem termasuk tidak bayar gaji pekerja.



Start pada lepas tu, aku terdesak untuk menerima apa apa kerja. Dan aku bermula dari seorang crew DYXY. Dan lepas crew, aku terus memulakan langkah sebagai agent DYXY. Dan macam biasa lah,

"Takut la, macamana kalau tak habis jual"
Aku mencari alasan. Tapiii ini aku yang dulu!


Tapi memandangkan aku terdesak aku menerima tawaran tu. Dan waktu itu aku hanya bermodalkan RM800. Aku tak fikir banyak banyak. Aku mula berfikiran gaya orang bisnes.

Orang bisnes dia takkan memberi alasan. Takkan ada langsung alasan. Yep, aku didik hari hari aku jadi kuat pada hari hari biasa.

Dan paling aku tak sangka, yang sebenarnya ada sebab kenapa aku tergerak hati untuk cuba nasib semua crew dyxy dulu.

"Rupanya Dia nak beri berganda ganda rezeki dalam bisnes ni".

Aku boleh bantu keluarga, bantu orang sekeliling.
Alhamdulilah sekarang aku puas. Aku punya waktu 24 jam. Aku bekerja ikut waktu sendiri. Yang paling penting, aku tak stress langsung.

Dan ini adalah berkat usaha aku selama ni. Aku tak sangka dapat memiliki kereta mewah ini dari bisnes yang aku buat. Semuanya rezeki daripada Allah. Dan dengan usaha tiada yang mustahil.

Cuba fikir kalau dulu saya masih takut takut untuk melangkah ke dunia bisnes? Jujurnya, saya takkan dapat apa yang saya ada sekarang.

Saya orang biasa biasa,
Saya bukan anak orang senang,
Saya pun beremosi,
Saya juga hidup biasa biasa,


Tapi apa yang saya dapat harini. Berkat dari semangat dan usaha kental diri sendiri. Dan pastinya dari Allah S.W.T.

*boleh share jika bermanfaat.

Seorang gadis yang berimpian setinggi langit.
Azmira,
MASTER STOKIS,
DYXY Cosmetics

No comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Error Page Image

Error Page Image

Oooops.... Could not find it!!!

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage