Tips jaga kulit Wajah untuk wanita umur 30an - Dyxy Cosmetics Harga Promosi Setiap Bulan Dengan kami

default | grid-3 | grid-2

Post per Page

Tips jaga kulit Wajah untuk wanita umur 30an

Tips jaga kulit Wajah
Wanita 25 Tahun Ke Atas Anda Patut Tahu 6 Rahasia Jaga Kulit Wajah. Ramai Yang Terlepas Pandang! Wanita, masuk saja angka 25 ketas, anda patut kekalkan kulit wajah lebih daripada biasa sebab tanda-tanda berkerut pasti akan kelihatan. Perhatikan garis halus di bahagian mata, tepi bibir dan dahi. kulit juga menjadi berkerut, kusam dan tidak berseri seperti dulu. Untuk mengatasi masalah ini, anda haruslah amalkan beberapa cara ini…

Ramai yang tidak TAHU, 6 Makanan ini punca Jerawat naik di muka

1. Ambil tahu cara bersihkan wajah

Ramai ambil mudah pasal membersihkan kulit muka. Mereka membersihkan kulit muka secara cincai sahaja, tabiat buruk ini mendatangkan pelbagai masalah. Kulit yang tidak bersih akan mudah ditumbuhi jerawat. Cara terbaik memiliki kulit muka sihat dan cantik adalah penelitian ketika membersihkan wajah. Yang suka bersolek, pastikan wajah dibersihkan dengan pencuci solekan. Kemudian, barulah bersihkan kulit wajah dengan pencuci yang tepat.

2. Kulit kena jaga dari peringkat awal

Usia remaja adalah permulaan terbaik untuk anda mengenali jenis kulit dan menggunakan produk penjagaan yang sesuai. Dapatkan bantuan golongan yang pakar untuk membantu anda memilih produk yang tepat. Penjagaan dari awal akan membuatkan kulit wajah kekal remaja.


3. Cantikkan luar dan dalam

Tolong jangan hanya memfokuskan kepada penjagaan luaran seperti merawat wajah dan tubuh. Wanita mesti menjaga kecantikan dalaman, amalkan mengambil jamu atau herba sejak dari zaman anak dara. Bagi yang tidak menggemari cara tradisional, anda boleh mengambil suplemen berasas bahan alami dan mengikut keperluan diri.

4. Tidur kena cukup

Tubuh dan wajah yang kurang rehat dan tidur akan kelihatan lesu dan kusam. Agar wajah tampak segar dan tubuh bertenaga, dapatkan rehat yang mencukupi. Jangan bebankan diri dengan kerja yang keterlaluan, luangkan masa berehat selepas berpenat lelah. Tidur yang berkualiti akan membuatkan tubuh dan wajah tampak berseri. Ketika tidur, tubuh, minda dan wajah berehat. Ini membantu memperbaharui sel baru. Hasilnya anda tampak muda dan ceria.

5. Jangan tinggal pakai masker

Bersihkan wajah dengan sempurna, menggunakan penyegar dan mengoles wajah dengan pelembap. Agar kulit kelihatan tegang, cerah dan menawan, amalkan penggunaan masker sekurang-kurangnya seminggu sekali. Masker boleh dibeli di pusat kecantikan atau farmasi atau anda juga boleh membuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan dari dapur seperti masker tomato, putih telur atau yogurt. Lumurkan pada wajah, biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih.

6. Ambil peluang masuk SPA

Tubuh letih perlu dirawat dengan baik. Anda boleh melakukan sauna herba, urutan dan skrub tubuh agar kulit menjadi halus menawan. Lakukan perawatan wajah sebulan sekali di spa. Perawatan lengkap dengan persekitaran selesa adalah terapi untuk wanita kembali anggun.

Sumber: Mingguan Wanita
Dyxy Promosi Harga Promosi
WhatsApp Kami
Follow Facebook Kami
Subscribe Channel Youtube Kami

No comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Error Page Image

Error Page Image

Oooops.... Could not find it!!!

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage