Gadis kecil molek berusia 12 tahun ini beli BMW hasil dari Online - Dyxy Cosmetics Harga Promosi Setiap Bulan Dengan kami

default | grid-3 | grid-2

Post per Page

Gadis kecil molek berusia 12 tahun ini beli BMW hasil dari Online

Gadis kecil beli BMW
Nah! 7 Cerita sedap yang kita boleh ambil daripada budak perempuan berumur 12 tahun yang kecoh beli kereta mewah baru-baru ini.

1. Gadis kecil molek berusia 12 tahun ini bernama Natthanan Sununrat dan berasal dari Chonburi, Thailand. Beliau viral selepas memuat naik video BMW 7 Series yang baru dibelinya.

2. Ibunya Natcha dan ayahnya Rong tidak menghalang minat anaknya yang suka bersolek sejak usianya 4 tahun. Gadis ini mulakan minat dengan bermain 'blusher' milik ibunya.

3. Gadis yang mempunyai nama gelaran 'NongPear' ini mula viral beberapa tahun lalu selepas memuat naik video solekan di Youtube. Kini beliau mempunyai hampir 300,000 Subscriber dengan hampir 300 video telah dimuat naik.

4. NongPear berkata, beliau sanggup menunggu 6 tahun lagi untuk mendapatkan lesen memandu. Sementara ini, beliau menaiki kenderaan berkenaan bersama ibu dan bapanya. Sebenarnya, kereta itu adalah hadiah untuk orang tuanya. Sweet kan ?

5. Pada hari ini, gadis ini mempunyai beberapa 'revenue stream' yang memberikan beliau pendapatan. Pertama, sumber 'income' daripada Youtube. Kedua, sumber 'income' daripada kelas makeup. Ketiga, sumber daripada jemputan-jemputan khas. Keempat, sumber daripada review dan demo produk makeup.
Gadis kecil beli BMW


6. NongPear memang mempunyai model bisnes yang cukup unik. Samada ini dirancang atau tanpa sengaja, itu bukan menjadi isu. Paling mustahak, beliau tahu menukarkan minat kepada 'income'. Beliau faham apa itu 'content' yang boleh menarik 'crowd' dan seterusnya wang.

7. Gadis ini bertuah kerana memiliki dua orang tua yang sangat memahami bisnes 'jaman edan'. Media sosial seperti Facebook, Instagram, Tweeter dan Youtube adalah 'platform' terbaik untuk mempersembahkan 'content'. Dari situ datang wang.

8. Kuasa viral internet tanpa sempadan. NongPear dijemput ke merata pelusuk dunia untuk berkongsi skill 'makeup' nya. Orang barat amat hargai seni dan kebolehan orang muda. Mereka bayar Nongpear untuk datang kepada mereka. London Fashion Week 2018 berikan Nongpear 'Jackpot'.

9. Untuk berjaya, kita perlu buat apa yang orang lain tak pernah terfikir untuk buat. Gadis ini sudah melakukannya dengan baik. Mula makeup sejak usia 4 tahun, bina followers di Youtube bertahun-tahun dan beli kereta mewah di usia 12 tahun. Semuanya ada elemen 'News Value'. Bijak kan ?

10. Paling menarik, semua content video 'makeup' Nongpear yang dimuat naik adalah dalam Bahasa Thai. Itu pun sudah cukup berjaya memikat orang luar khususnya Eropah untuk 'mencarinya'.

Tak pasal-pasal satu dunia pergi cari di google siapa gerangan namanya 'Natthanan Sununrat' ini. Adoi dik, usia 12 tahun kau dah layan 7 Series. Abang umur 12 tahun baru belajar bangga kayuh basikal LeRun. Insof dik, abang insof.

No comments

Contact Form

Name

Email *

Message *

Error Page Image

Error Page Image

Oooops.... Could not find it!!!

The page you were looking for, could not be found. You may have typed the address incorrectly or you may have used an outdated link.

Go to Homepage